suria

Serangan Roket Sasar Hotel Penginapan PM Yaman

ADEN: Tiga bedilan roket yang menyasarkan sebuah hotel yang menjadi kediaman Perdana Menteri Yaman, Khaled Bahah dan jemaah Kabinet kerajaan itu di sini terbakar.

AFP melaporkan, angka kematian belum dapat dipastikan, dan serangan yang mengenai pintu masuk hotel itu juga dikatakan mengakibatkan ramai lagi terbunuh.

Bagaimanapun, menurut salah seorang menteri dan serta sumber pasukan keselamatan, Khaled terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Perdana Menteri Khaled Bahah dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Nayef al-Bakri.


Khaled yang baru pulang ke tanahair menjadi sasaran dalam serangan pada Selasa.

Khaled dan menteri-menterinya ditempatkan di Aden yang diisytiharkan sebagai ibu negara sementara Yaman selepas bandar ini dirampas kembali daripada pemberontak Syiah Houthi pada pertengahan Julai lalu.

Situasi itu berlaku selepas enam bulan mereka hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Laporan media asing itu juga menyebut kepulan asap dapat dilihat dari hotel Al-Qasr di pinggir bandar sebelah barat pada pagi Selasa.

Selain itu, saksi lokasi pula memberitahu, ambulans dan pasukan pertahanan awam turut berada di tempat kejadian.



Yaman, roket, Khaled Bahah, Aden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain