suria

Guru Makan Hamster Mahu Ajar Murid Tentang 'Nilai Hidup'

SEORANG guru ditahan kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan laporan yang mendakwanya memakan hamster semata-mata mahu memberi pengajaran kepada murid-murid yang salah laku.

Murid-muridnya terkejut menyaksikan kejadian itu apabila guru berkenaan mengambil haiwan perliharaan tersebut dari sangkar di kelas dan kemudian menelannya hidup-hidup.

Guru berkenaan berkata, dia mahu mengajar murid-muridnya supaya menghormati hak asasi haiwan.

Susulan insiden mengejutkan itu, guru tersebut ditahan kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Media Rocket 24 melaporkan bahawa sekolah itu pada awalnya cuba merahsiakan insiden yang berlaku di Korea Selatan awal bulan ini.

Bagaimanapun, beberapa murid memberitahu ibu bapa mereka dan polis dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum guru berkenaan terpaksa membuat pengakuan.

Kata guru itu, dia memakan hamster kerana dia percaya kanak-kanak boleh berlaku kejam kepada haiwan dan tidak memahami nilai kehidupan.

Tambahnya: "Saya mengumpulkan kekuatan saya dan menelan hamster hidup-hidup untuk cuba menyampaikan dengan cara yang berbeza mengenai mengapa kita perlu menyayanyi haiwan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai pertuduhan yang dihadapi guru tersebut. - MIRROR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain