suria

26 Jemaah Masjid Maut Dibom Pemberontak

MAIDUGURI: Seramai 26 maut manakala 28 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah masjid utama di sini pada Sabtu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas beberapa jam Presiden baharu Nigeria, Muhammadu Buhari mengangkat sumpah untuk melaksanakan tugas pada penggal pertama.

Letupan di masjid yang terletak di ibu negeri Borno itu didakwa dilakukan oleh lelaki yang bersembahyang bersama jemaah lain sebelum meletupkan diri.

Sebelum itu, pihak tentera memaklumkan kumpulan pemberontak Bokok Haram telah melancarkan beberapa siri serangan termasuk menggunakan pelancar roket.

"Akibat letupan itu, sebahagian bumbung masjid runtuh, manakala Al-Quran turut rosak. Polis percaya pengebom berani mati itu daripada kumpulan Bokok Haram," Ketua Polis Borno, Aderemi Opadokun.

Maiduguri, Nigeria

Artikel Lain