suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Star Trek Bina Bangunan Mirip Kapal Angkasa USS Enterprise

Bangunan ibu pejabat NetDragon Websoft di Fuzhou. Foto AFP

BEIJING: Seorang jutawan warga China yang mengaku dirinya sebagai peminat Star Trek membangunkan bangunan ibu pejabat syarikatnya dengan rekaan mengikut bentuk kapal angkasa dalam siri televisyen fiksyen sains itu, USS Enterprise.

Menurut laman web akhbar People's Daily, bangunan pejabat di timur bandar Fuzhou itu mempunyai bentuk kontur yang bulat dan lambang seperti tiub kapal angkasa.

Ia dibina oleh "Trekkie" Liu Dejian, yang merupakan bos kepada pemaju aplikasi Internet mudah alih, NetDragon Websoft membabitkan peruntukan AS$160 juta (RM574 juta), lapor akhbar itu.

Menurut laporan itu, satu sumber memberitahu bahawa bangunan itu dinamakan sebagai 'Enterprise'. - AFP



Star Trek, USS Enterprise

Artikel Lain