suria

Gempa: Pejabat Perdana Menteri Tidak Selamat

KATHMANDU: Pejabat Presiden dan Perdana Menteri Nepal  telah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan berikutan gempa bumi kuat pada 25 April lepas dan gegaran susulan pada 12 Mei lepas.

Sepasukan jurutera dari Kementerian Pembangunan Bandar dan Perumahan memeriksa istana presiden, pejabat perdana menteri dan mendapati kedua-duanya tidak selamat untuk digunakan, kata Ketua Setiausaha Kerajaan Nepal Lila Mani Poudyal.

Presiden Dr Ram Baran Yadav telah berpindah ke rumah yang disewa memandangkan kedua-dua kediaman rasmi dan pejabat beliau telah diisytiharkan tidak selamat, menurut Penasihat Akhbar kepada Presiden Rajendra Dahal.

Sebelum berpindah, Presiden telah membina sebuah pejabat sementara dalam khemah di kawasan lapang istana presiden dan tinggal di situ selama 10 hari hari.

Perdana Menteri Sushil Koirala juga menubuhkan sebuah pejabat sementara dalam khemah di kawasan terbuka di premis sekretariat pusat kerajaan, kata pegawai di pejabat Perdana Menteri, Komal Bhattarai.

Nepal, Kathmandu

Artikel Lain