suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Melanda Timur Laut Jepun Pagi Rabu

TOKYO: Gempa bumi kuat melanda pantai Laut Jepun awal pada awal pagi Rabu, namun tiada laporan tsunami, kerosakan atau kecederaan diterima.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa melanda jam 6.12 pagi waktu tempatan di timur perairan Pulau Honshu di Laut Pasifik di kedalaman 38.9 kilometer dengan catatan magnitud 6.8.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa itu yang melanda di 33km timur laut di bandar terdekat Ofuna.

Bagaimana pun gempa bumi itu tidak merosakkan sebarang reaktor nuklear di wilayah berkenaan termasuk di loji kuasa Fukushima, demikian lapor badan penyiaran rasmi Jepun, NHK.

Perkhidmatan kereta api di wilayah terbabit termasuk kereta api laju Shinkansen dihentikan sementara perkhidmatannya susulan gempa kuat itu.

gempa bumi tokyo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain