suria

Aceh Larang Pasangan Belum Nikah Naik Motosikal Bersama

Peraturan Islam terkini ini dijangka dilaksankan dalam masa setahun.

BANDA ACEH: Sebuah daerah di sini meluluskan perundangan Islam terkini, di mana pasangan lelaki dan wanita yang belum bernikah dilarang menaiki motosikal bersama.

Ahli Parlimen daerah utara Aceh pada minggu lalu meluluskan peraturan itu yang akan dikuatkuasa dalam tempoh setahun, kata wakil rakyat Fauzan Hamzah.

Keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk melaksanakan perundangan syariah sepenuhnya di daerah itu.

"Sesiapa sahaja yang tidak bernikah tetapi duduk bersama ketika menaiki motosikal adalah jelas menyalahi syariat Islam, malah ia perbuatan berdosa," katanya kepada AFP.

Aceh yang terletak di utara Sumatera adalah satu-satunya wilayah di dunia yang didiami majoriti umat Islam dan melaksanakan undang-undang Islam di mana sebarang perlakuan melibatkan homoseksual, seks, berjudi, arak dikenakan hukuman sebat.

Aceh, Fauzan Hamzah, motosikal

Artikel Lain