suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Pengebom Filipina Abdul Basit Dilapor Dibunuh MILF

Abdul Basit Usman

DAVAO CITY: Suspek pengebom Filipina, Abdul Basit Usman dilaporkan telah dibunuh oleh anggota Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di bandar Guindulungan, Maguindanao pada hari Ahad.

Menurut satu sumber, Usman telah ditembak oleh Komander Barokof, Unit Ke-118 MILF di kampung Barangay, Muti kira-kira pukul 11.50 pagi.

Bagaimana pun tentera Filipina enggan memberi sebarang komen mengenai laporan tersebut.

Naib Pengerusi Hal Ehwal Tentera MILF, Von Al Haq berkata mereka turut menerima laporan yang sama dan telah mengesahkan ia dalam siasatan. 

Kerajaan Amerika Syarikat telah menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM107,814,00 juta) bagi penangkapan Usman sama ada hidup atau mati.

Usman merupakan sasaran kedua bagi operasi kontroversi di Mamasapano yang menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh, termasuk 44 anggota Pasukan Tindakan Khas Komando. 

Pengebom Malaysia Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam operasi itu. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network


Abdul Basit Usman, MILF

Artikel Lain