suria

Mangsa Gempa Nepal Minum Air Kencing Untuk Terus Hidup

Runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Nepal, Sabtu lalu.

SEORANG mangsa gempa bumi di Nepal yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah hotel selama 82 jam hari terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk terus hidup sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Portal Mirror melaporkan ketika kejadian pada Sabtu lalu, mangsa, Rishu Khanal, 27, baharu sahaja selesai makan tengah hari di sebuah hotel di Kathmandu dan pergi ke tingkat dua sebelum bangunan itu mula bergegar dan runtuh.

Dia kemudiannya terperangkap di sebalik runtuhan dengan keadaan kakinya yang tersepit selama lebih tiga hari.

"Saya mempunyai sedikit harapan tetapi semalam saya sudah putus asa. Kuku-kuku saya semuanya bertukar warna putih dan bibir saya merekah. Saya tidak pasti ada sesiapa yang datang selamatkan saya. Saya rasa saya akan mati," katanya di hospital pada Rabu.

Khanal dikelilingi beberapa mayat tetapi dia sentiasa mengetuk runtuhan yang menarik perhatian pasukan penyelamat yang kemudian menemuinya. - MIRROR



Nepal

Artikel Sebelum

Artikel Lain