suria

Bunuh Majikan: Pembantu Rumah Indonesia Dihukum Pancung

Ahli keluarga Siti Zainab di Bangkalan, timur Jawa bersama poster tertuduh menuntut keadilan selepas mendapat berita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pembantu rumah itu.

RIYADH: Seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman pancung kerana didapati bersalah membunuh wanita tempatan yang juga majikannya pada 1999.

Hukuman terbaharu terhadap Siti Zainab ini menjadikan bilangan warga asing yang dipancung di Arab Saudi meningkat kepada 60 orang tahun ini.

Hukuman itu ditetapkan kerajaan Arab Saudi, walaupun tertuduh disyaki mengalami sakit mental.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International memaklumkan, pihaknya dimaklumkan bahawa hukuman itu telah dijalankan pada Selasa.

Kementerian dalam negeri menyatakan, Siti Zainab dipancung selepas didapati bersalah menikam dan memukul sehingga mati wanita Arab Saudi, Noura al-Morobei.

“Hukuman mati itu dilaksanakan kelmarin di kota suci Madinah,” menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Akhbar Indonesia, pula melaporkan bahawa Siti Zainab didapati bersalah membunuh majikannya pada 1999.

Pelaksanaan hukuman mati ditangguhkan sehingga anak-anak mangsa cukup dewasa untuk memutuskan sama ada hukuman itu perlu diteruskan atau sebaliknya. – AFP



Artikel Lain