suria

Budak Perempuan Meninggal Dunia, Angka Kematian Nahas Bas Di Maghribi 34 Orang

Keadaan bangkai sebuah bas yang terbakar dalam nahas membabitkan sebuah treler di Maghribi, minggu lalu.

RABAT: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan akibat luka terbakar peringkat ketiga selepas terbabit dalam nahas bas di Magribi minggu lalu meninggal dunia, kata pegawai perubatan pada Isnin, menjadikan angka kematian meningkat kepada 34 orang.

Dalam kejadian itu, sebuah bas terbakar selepas berlanggar dengan sebuah treler, menjadikannya sebagai salah satu nahas terburuk dalam sejarah negara utara Afrika.

Kebanyakan mangsa merupakan pelajar sekolah.

Budak perempuan tersebut merupakan salah seorang mangsa, menjalani beberapa rawatan namun meninggal dunia pada Isnin, kata ketua Hospital Ibn Tofail di Marrakesh, Hicham Nejmi kepada agensi berita Maghribi, MAP. - AFP

Artikel Lain