suria

Kilang Terbakar, 30,000 Penduduk Dipindahkan

BEIJING: Hampir 30,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat selepas sebuah kilang kimia berhampiran penempatan mereka terbakar dan mengambil masa lebih 50 jam untuk dipadamkan, lapor media temptan.

Dimaklumkan, kilang yang menghasilkan 'paraxylene' (sejenis bahan kimia dikenali sebagai PX dan digunakan untuk membuat kain) itu dipercayai terbakar diikuti dengan letupan yang menggegarkan bangunan di Zhangzhou pada petang Isnin.

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan pada malam Selasa, namun dua tangki simpanan bahan itu terbakar semula pada Rabu, jelas agensi berita rasmi XinHua.

"Seramai 29,096 penduduk dipindahkan dari kawasan kebakaran tersebut," kata agensi berita XinHua pada Rabu dan turut memberitahu kebakaran tersebut berjaya dipadamkan awal pagi Khamis.

Enam pekerja kilang itu yang terletak di wilayah timur Fujian itu cedera dalam kejadian kebakaran kedua dalam tempoh dua tahun.

Dalam pada itu, rakaman televisyen menunjukkan api yang marak dan kepulan asap tebal menyebabkan lebih 800 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran.

Beberapa bandar di China dikatakan mengadakan protes selepas cadangan bahan poliester dan kain oleh kilang yang menghasilkan PX, cecair mudah terbakar dan karsinogenik dikeluarkan tanpa mengendahkan risiko kesihatan.

Pembinaan kilang PX Zhangzhou pada mulanya ditetapkan di sebuah bandar berhampiran pantai di Xiamen, bagaimanapun dipindahkan ke lokasi sekarang kerana mendapat halangan penduduk pada 2007. 


PX, Zhangzhou, paraxylene

Artikel Lain