suria

37 Maut, Ribut Landa Bangladesh

Seorang mangsa sedang mencari barang peribadinya di rumahnya di Bogra, kira-kira 200 kilomter dari Dhaka, Bangladesh, yang musnah dilanda ribut. Foto AFP

DHAKA: Sekurang-kurangnya 37 orang maut apabila ribut kuat melanda Bangladesh pada hujung minggu lalu sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda di barat laut negara itu, kata pegawai pada Isnin.

Pasukan penyelamat dan penduduk kampung menemui mayat mangsa selepas ribut meranapkan beribu-ribu rumah dan mengakibatkan pokok dan tiang elektrik tumbang, selain memusnahkan sebahagian besar sawah padi dalam kejadian pada malam Sabtu dan Ahad.

Pentadbir kerajaan bagi daerah Shafiqur Reza Biswas memberitahu AFP bahawa seramai 19 orang maut di daerah Bogra, sambil menambah 100 orang lagi cedera.

"Kebanyakan mereka yang maut akibat dihempap pokok tumbang atau rumah dan dinding yang runtuh," katanya, sambil menambah pihak berkuasa menghantar bantuan kecemasan kepada beribu-ribu penduduk.

Seorang lagi pentabir berkata, sekurang-sekurangnya lima orang maut dan 27 cedera di daerah Rajshahi.

Seramai dua orang maut di daerah Kushtia dan kira-kira 100 rumah musnah pada Ahad. 

Seorang pegawai kerajaan memberitahu AFP  bahawa dua maut dalam kejadian ribu di bandar Chittagong pada Isnin.

Selain itu, sembilan lagi maut di daerah lain, kata pegawai kepada media tempatan, menjadikan bilangan kematian sebanyak 37 orang. - AFP

Artikel Lain