suria

China Hargai Kehadiran Najib di BFA

BOAO (Hainan, China): Presiden China Xi Jinping menyatakan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kehadirannya di Forum Boao bagi Asia 2015 (BFA) sekalipun mempunyai jadual sibuk. 

Xi berkata beliau terharu Perdana Menteri Malaysia itu berusaha datang ke Boao sedangkan majlis perkahwinan anak perempuannya berlangsung Sabtu.  

“Ini membuktikan komitmen Malaysia untuk menyertai forum itu, serta komitmennya terhadap hubungan bilateral,” kata beliau ketika mesyuarat dengan Najib di sini, Jumaat. 

Mesyuarat bilateral antara kedua-dua pemimpin itu adalah yang keempat sejak Najib menjadi perdana menteri.   

Xi berkata hubungan dua hala antara Beijing dengan Putrajaya berada di tahap tertinggi dalam sejarah hubungan itu dalam empat dekad lepas.  

Beliau berharap ini akan membawa hasil yang lebih baik.  

Presiden itu mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Najib atas perkahwinan anaknya itu. 

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya dan Wakil Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting. 


Najib Razak, Xi Jinping, Forum Boao

Artikel Lain