suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muzium Nasional Singapura Adakan Pameran Memperingati Lee Kuan Yew

SINGAPURA: Muzium Nasional Singapura akan mengadakan pameran peringatan selama sebulan sebagai penghormatan ke atas perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew yang meninggal dunia Isnin.

Pameran - 'In Memoriam: Lee Kuan Yew' itu akan diadakan mulai 25 Mac hingga 26 April di Glass Atrium di aras 2 muzium itu, kata Muzium Nasional Singapura dan Lembaga Warisan Nasional dalam satu kenyataan bersama.

Pameran itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam dan kemasukan adalah percuma.

Pameran ini menceritakan kehidupan dan karier politik Kuan Yew dan menyerlahkan impian dan keyakinan yang membentuk beliau dan generasi pemimpinnya, kata kenyataan itu.

Melalui pameran itu, ia membolehkan pengunjung untuk mengingati dan merenung kembali asas teguh yang dibina beliau untuk Singapura.

Kuan Yew meninggal dunia pada 3.18 pagi semalam di Hospital Besar Singapura selepas dimasukkan ke hospital itu pada 5 Februari kerana radang paru-paru yang teruk. Beliau berusia 91 tahun.

Artikel Lain