suria

Pelancong Sewa Pistol Ditemui Mati Di Lapang Sasar Phuket

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berikutan kematian pelancong warga asing di lapang sasar Thalang, Sabtu.

PHUKET: Pelancong warga British ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di lapang sasar di daerah Thalang di sini pada Sabtu.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.50 petang.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui seorang lelaki warga asing tanpa baju terlentang dengan pistol di tangan kanannya.

Berdasarkan maklumat pada pasport lelaki berkenaan, dia berusia berusia 22 tahun.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), malahan ia turut dimuatnaik menerusi laman web media tempatan.

The Bangkok Post  melaporkan hasil soal siasat terhadap pemandu teksi, Presert Pasaman, 41, mendapati lelaki berkenaan bertengkar dengan kenalan lelakinya di sebuah pusat peranginan sebelum menahan teksinya.

"Apabila ditanya dia mahu ke mana, lelaki itu menjawab:"Bawa saya ke tempat di mana saya boleh menembak.", oleh itu saya membawanya ke lapang sasar," kata Prasert.

Bagaimanapun pemandu teksi itu tidak menunjukkan sebarang reaksi berhadapan dengan tekanan ketika itu.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu menanggalkan bajunya dan menyewa pistol 11 mm sebelum memasukkan tujuh peluru dan mula menembak tepat ke sasaran.

Selepas itu, lelaki berkenaan memasukkan tiga lagi peluru dan kali ini dia meletakkan pistol itu ke kepalanya dan menekan picu.

Tindakannya itu cuba dihalang petugas lapang sasar berkenaan tetapi gagal. Mayatnya dibawa ke Hospital Thalang.

Pihak polis sedang mengumpul maklumat mengenai lelaki berkenaan dan memaklumkan kedutaan negara asalnya supaya dapat menghubungi keluarganya mengenai kejadian itu.

lapang sasar, Thalang, pistol, Phuket

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain