suria

13 Dirawat Makan Daging Dijangkiti Penyakit 'Anjing Gila'

MANILA: Seramai 13 orang dirawat oleh pegawai kesihatan Filipina selepas mereka didapati memakan daging seekor anjing yang didiagnosis penyakit 'anjing gila'.

Pakar perubatan haiwan kerajaan tempatan, Mario Arriola berkata, penemuan itu mendapati empat dewasa dan sembilan kanak-kanak memakan daging anjing yang dijangkiti penyakit itu selepas satu pemeriksaan dibuat terhadap satu kes disyaki 'anjing gila' di pinggir bandar Zamboanga.

Arriola memberitahu AFP bahawa anjing berkenaan mati pada minggu lalu tanpa diketahui punca kematiannya.

"Kita pergi ke lokasi untuk menyiasat sekiranya ia (anjing) ada menggigit haiwan lain. Kita telah menghantar sampel ke makmal untuk melakukan ujian," katanya.

Hanya selepas pemeriksaan dibuat baharu mereka mendapati anjing tersebut menghidap penyakit 'anjing gila' dan difahamkan dagingnya telah dimakan oleh beberapa penduduk tempatan.

"Kami diberitahu terdapat penduduk tempatan yang memakan anjing yang dijangkiti dengan penyakit itu. Mereka tidak tahu anjing berkenaan menghidap penyakit 'anjing gila'. Malangnya, beberapa kanak-kanak turut memakan daging anjing tersebut," katanya.

Jabatan kesihatan tempatan di Zamboanga memberikan empat suntikan anti 'anjing gila' kepada mereka yang memakan daging tersebut bagi memastikan tiada jangkitan berlaku.

Arriola berkata, mereka diarahkan untuk bertindak segera sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani kes kematian manusia akibat penyakit 'anjing gila'. 

Beliau berkata, pada 2014 direkodkan kes yang pertama dalam sejarah Filipina, namun tiada kematian akibat jangkitan penyakit berkenaan.

Walaupun menjual anjing untuk dijadikan makanan diharamkan di Filipina, tetapi daging anjing masih popular dijadikan sebagai hidangan di sesetengah tempat di negara itu. - AFP

anjing gila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain