suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil Pencak Silat Singapura Meninggal Dunia

SINGAPURA: Pesilat Singapura yang memenangi pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Asia 2011, Nurshahrin Shahrudin meninggal dunia ketika tidur pada Sabtu.

Menurut Persekutuan Silat Singapura, pemuda berusia 21 tahun itu disedari telah meninggal dunia apabila seorang ahli keluarga cuba mengejutkannya di kediaman mereka di Pasir Ris.

Hasil pemeriksaan, pegawai paramedik mengesahkan Nurshahrin telah meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura untuk dibedah siasat.

Bekas juara dunia pencak silat, Shakir Juanda yang juga rakan sepasukan dan sepupu Nurshahrin memberitahu, pemuda itu tidak mempunyai sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian sebelum ini.


Singapura, Pencak Silat

Artikel Berikut

Artikel Lain