suria

PM Singapura Kongsi Gambar Lama Bapa Di Facebook

Lee Hsien Loong berkongsi gambar-gambar ayahnya Lew Kuan Yew di Facebook.

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkongsi beberapa gambar lama bapanya, Lee Kuan Yew di akaun Facebook miliknya, dan meminta pengguna Internet untuk menyediakan maklumat mengenai mereka.

Gambar-gambar bekas perdana menteri itu diperoleh dari Arkib Negara Singapura (NAS) yang memuat naik bahan-bahan mengenai portal arkib warganegara yang dikenali sebagai Citizen Archivist Portal.

Masyarakat boleh melayari portal tersebut untuk memberi penerangan terhadap imej-imej atau menterjemahkan dokumen-dokumen dalam projek sumber orang ramai itu.

"Saya melihat koleksi gambar di portal itu dan menemui set gambar-gambar ayah saya. Saya rasa gambar-gambar itu diambil pada pilihan raya pada 21 September 1963, beberapa hari selepas Singapura menyertai Malaysia," kata Lee Hsien Loong di akaun facebook miliknya.

Lee Kuan Yew, 91, masih dirawat di Hospital Besar Singapura sejak 5 Februari lalu kerana menghidap radang paru-paru. - The Straits Times/ANN


Lee Kuan Yew, Lee Hsien Loong

Artikel Lain