suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Polis MIT Ditembak Mati Dalam Insiden Berbalas Tembakan Di Boston

Polis mengepung salah sebuah bangunan di MIT.
Polis mengepung salah sebuah bangunan di MIT.
Polis mengepung salah sebuah bangunan di MIT.

BOSTON, Massachusetts: Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang pegawai polis berhampiran premis Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam insiden berbalas tembakan di universiti berprestij itu, lapor televisyen Boston.

Pihak universiti berkata, keadaan amat merbahaya dan mengarahkan para pelajarnya untuk tidak keluar dari kawasan universiti.

Arahan itu dikeluarkan menerusi laman webnya.

Katanya, salah sebuah bangunan di kampus berkenaan telah dikepung oleh polis.

MIT berada di pinggir bandar Boston di mana dua bom meletup ketika acara Maraton Boston diadakan yang mengorbankan tiga orang manakala 180 lagi cedera. Ramai yang kudung kaki akibat letupan itu.

Menurut pihak universiti, kejadian berbalas tembakan itu berlaku kira-kira pukul 10.48 waktu tempatan.

"Salah sebuah bangunan kampus telah dikepung polis. Sila tinggalkan kawasan tersebut sehingga arahan dikeluarkan," katanya.

Artikel Lain