suria

Toyota, Nissan, Honda & Mazda Panggil Semula 2.92 Juta Kenderaan Kerana Masalah Beg Udara

TOKYO: Empat buah pembuat kereta utama Jepun akan memanggil semula 2.92 juta buah kenderaan keluaran mereka di seluruh dunia setelah mendapati mungkin terdapat masalah pada pemasangan beg udara.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Jepun, empat buah syarikat pembuat kenderaan iaitu Toyota, Nissan, Honda dan Mazda telah mengemukakan laporan berhubung masalah tersebut dan berhasrat memanggil semula 731,000 buah kenderaan yang terdapat di Jepun.

Dan jika ini turut melibatkan kenderaan yang dieksport adalah dianggarkan sejumlah 2.92 juta kenderaan kesemuanya yang akan dipanggil untuk pemeriksaan semula.

Sementara itu jurucakap Toyota memberitahu agensi berita AFP, pihak mereka sahaja dijangka memanggil 1.73 juta kenderaan yang dikeluarkan antara November 2000 hingga Mac 2004 di Jepun dan juga luar negara kerana masalah pada beg udara di bahagian duduk penumpang.

Honda pula berkata, mereka terpaksa memanggil semula sehingga 1.135 juta kenderaan keluaran mereka.

Artikel Lain