suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong Angkasa Lepas Pertama Mahu Lancar Misi Ke Marikh

WASHINGTON: Manusia pertama yang mendapat gelaran 'pelancong angkasalepas' jutawan Amerika, Dennis Tito, mengumumkan pelannya untuk melancarkan misi ke planet Marikh dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Rancangannya itu melalui kapsul angkasa lepas dua tempat duduk bagaimanapun tidak berhasrat untuk mendarat di planet merah berkenaan.

Sebaliknya mereka hanya sekadar melintasi planet berkenaan pada laluan yang paling hampir sahaja sebelum kembali ke bumi.

Tito menganggarkan keseluruhan misi mereka akan mengambil masa selama 501 hari.

Projek Tito ini dinamakan "Inspiration Mars" dan buat masa ini masih tidak jelas siapakah yang akan menajanya.

Menurut para pakar angkasa lepas, misi seperti ini akan menelan belanja antara AS$1 hingga AS$2 bilion.

Tito menegaskan mereka tidak mengharapkan Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) sebagai penaja utama sebaliknya dana akan dikumpul daripada pihak swasta dan juga inisiatif persendirian.

Tito, 72, mencatat sejarah sebagai pelancong angkasa lepas yang pertama apabila beliau menaja pengembaraan angkasa lepasnya bersama kapal angkasa Soyuz Rusia pada 2001 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa selama seminggu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain