suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belon Udara Panas Meletup, 19 Pelancong Maut

Seorang inspektor Jabatan Penerbangan Awam menyiasat lokasi nahas belon udara panas yang berlaku di Luxor, Mesir. Foto AP
Seorang inspektor Jabatan Penerbangan Awam menyiasat lokasi nahas belon udara panas yang berlaku di Luxor, Mesir. Foto AP
Seorang inspektor Jabatan Penerbangan Awam menyiasat lokasi nahas belon udara panas yang berlaku di Luxor, Mesir. Foto AP

LUXOR, Mesir: Nahas itu berlaku begitu pantas hanya kurang dua minit apabila sebuah belon udara panas yang membawa pelancong untuk menikmati pemandangan pada waktu matahari terbit di bandar bersejarah Luxor meletup dan jatuh ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter).

Seramai 19 orang terbunuh pada Selasa yang menjadikannya sebagai kemalangan belon udara panas yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi.

Tragedi tersebut membimbangkan industri pelancongan negara itu.

Belon udara panas itu membawa 20 pelancong – dari Perancis, Belgium, Jepun dan Hong Kong, dan seorang juruterbang warga Mesir yang menerbangkannya merentasi Luxos, kira-kira 510 kilometer dari Kaherah, kata seorang pegawai.

Berdasarkan petunjuk awal, belon berkenaan dalam proses pendaratan apabila kabel tersepit di sekeliling tub helium dan berlakunya kebakaran, menurut seorang penyiasat.

Belon itu naik beberapa kali, kata pegawai itu.

Kebakaran itu menyebabkan kanister gas dan belon menjunam ke tanah dari paras 1,000 kaki (300 meter). - AP

Artikel Lain