suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Diserang Penggodam Siber

Antara produk Apple seperti iPhone, iPad dan Macbook yang menjadi kegilaan ramai.
Antara produk Apple seperti iPhone, iPad dan Macbook yang menjadi kegilaan ramai.
Antara produk Apple seperti iPhone, iPad dan Macbook yang menjadi kegilaan ramai.

SAN FRANCISCO: Apple pada Rabu berkata syarikat itu mengalami serangan siber yang sama dengan serangan yang melanda Facebook baru-baru ini.

Bagaimanapun syarikat gergasi teknologi itu berjaya menghalang penggodam daripada merampas data penggunanya.

Pembuat iPhone, iPads, iPod, dan komputer Macintosh berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk memburu peggodam, yang muncul dalam beberapa siri serangan siber terhadap firma teknologi AS.

“Malware digunakan dalam serangan terhadap Apple dan syarikat lain, dan tersebar melalui laman web pembuat perisian,” kata Apple menerusi emel yang dihantar kepada AFP pada Rabu.

Virus itu mengambil kesempatan dalam program Java yang digunakan sebagai “plug in” ketika melayari laman web.

Sebilangan kecil sistem komputer Apple dijangkiti tetapi ia sudah diasingkan daripada rangkaian utama, kata syarikat itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain