suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Orang Cedera Dalam Letupan Gas Di Kansas City

Imej KCTV menunjukkan ahli bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Country Club Plaza di Kansas City.
Imej KCTV menunjukkan ahli bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Country Club Plaza di Kansas City.
Imej KCTV menunjukkan ahli bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di Country Club Plaza di Kansas City.

KANSAS CITY (Missouri): Sekurang-kurangnya 14 orang cedera apabila satu letupan gas yang mencetuskan kebakaran besar-besaran berlaku di bandar mewah Kansas City.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada kontraktor utiliti yang mungkin menyebabkan letupan berkenaan.

Datuk Bandar Kansas City Sly James berkata beliau tidak mendengar sebarang laporan kehilangan dan kematian membabitkan letupan itu.

Katanya, sembilan mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, polis Kansas City berkata, letupan itu berpunca daripada sebuah kereta yang merempuh gas utama kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

Seorang saksi Bryce McElroy yang tinggal tidak jauh dari kawasan kejadian memberitahu dia terdengar bunyi letupan kuat dan bergegas meninggalkan kediamannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain