suria

Gambar Iringi Mayat Kanak-Kanak Mangsa Bedilan Israel Menang Foto Terbaik

Gambar yang diambil oleh jurugambar warga Sweden, Paul Hansen yang memenangi anugerah utama 2012 World Press Photo. - AP

AMSTERDAM: Jurugambar warga Sweden, Paul Hansen memenangi anugerah tahunan dalam Anugerah Foto Media Dunia 2012 bagi akhbar Dagens Nyheter kerana sekeping gambar dua kanak-kanak warga Palestin yang terbunuh dalam satu serangan bedilan Israel sedang dibawa untuk pengebumian.

Gambar itu menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berarak membawa mayat kedua-dua kanak-kanak melalui lorong yang sempit di bandar Gaza.

Mangsa itu merupakan pasangan adik-beradik, yang ditutupi dengan kain putih yang hanya menunjukkan wajah mereka.

Ahli juri Mayu Mohanna dari Peru berkata, kekuatan gambar itu adalah “keadaan mengenai perbandingan antara kemarahan dan kesedihan golongan dewasa dengan kanak-kanak yang tidak berdosa”.

Foto Media Dunia, merupakan salah satu pertandingan foto kewartawanan paling berprestij dan pada Jumaat ia menyenaraikan sembilan kategori melibatkan pencalonan 54 jurugambar dari 32 negara. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain