suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangladesh Sekat Siaran Kartun Doraemon

DHAKA: Bangladesh telah menyekat kartun Jepun iaitu Doraemon daripada disiarkan dalam televisyen negara itu berikutan kebimbangan generasi muda yang ketagih dengan versi alih bahasa Hindi yang sukar untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, Bengali.

Menteri Penerangan, Hasanul Haque Indu pada Khamis memberitahu Parlimen bahawa saluran televisyen yang menyiarkan Doraemon telah menerima notis rasmi arahan supaya ia menghentikan siaran program itu.

“Kerajaan tidak mahu suasana pendidikan kanak-kanak dipengaruhi oleh Doraemon,” kata menteri itu.

Sekatan itu susulan beberapa akhbar harian tempatan yang menggesa supaya kartun itu disekat, kerana bimbang terhadap mereka yang ketagih Doraemon akan bercakap Hindi antara satu sama lain berbanding Bengali.

Seorang anggota parlimen, Shahriar Alam pada minggu lepas meminta supaya stesen televisyen hanya boleh menyiarkan kartun asing sekiranya ia dialih bahasa ke dalam Bengali.

Direka oleh artis manga Fujiko F. Fujio, Doraemon merupakan kucing robot yang mengembara dari abad ke-22 ke zaman kanak-kanak pra-remaja, Nobita.

Menteri luar Tokyo melantik Doraemon sebagai duta animasinya pada 2008 atas usaha untuk menarik minat pihak asing terhadap budaya Jepun.

Bangladesh sering sensitif terhadap pengaruh budaya daripada jiran besarnya iaitu India dengan berjuta-jua isi rumah yang lebih gemar menonton siaran televisyen dalam bahasa Hindi yang dipancarkan menerusi satelit. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain