suria

3 Maut Dalam Kemalangan Libatkan Bas Di Hong Kong

HONG KONG: Tiga orang maut dan kira-kira 50 lagi cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan dua bas dua tingkat dan sebuah teksi di Hong Kong pada Isnin, kata polis.

Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian di daerah Shau Kei Wan.

Beberapa mangsa terperangkap dalam kenderaan yang remuk.

Seorang jurucakap polis wanita berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Seorang penumpang daripada salah satu bas memberitahu para pemberita bahawa pemandu secara tiba-tiba pengsan sebelum nahas berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain