suria

Indonesia Mahu Dapatkan Bekalan Beras Daripada India

NEW DELHI: Indonesia akan cuba mendapatkan sumber hampir 500,000 tonne beras bukan-basmati dari India bagi menampung keperluan domestik.

Agensi logistik negeri (BULOG), mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa makanan India di sini pada hari Rabu, untuk mendapatkan bijian selepas bekalan biasa dari pengeksport tradisional, Thailand dan Vietnam terjejas kerana banjir baru-baru ini.

Agensi Perangkaan Pusat Indoneisa telah membayangkan kejatuhan 1.6 peratus atau 1.08 juta tonne metrik penurunan dalam pengeluaran tahun ini, ekoran kemerosotan produktiviti.

"Delegasi itu datang untuk meninjau kemungkinan mengeksport beras dari India. "Ekoran kejatuhan dalam pengeluaran beras di Indonesia, terdapatnya keperluan untuk mengimport beras dari India. Sebagai pengeluar utama beras, India boleh memenuhi permintaan itu," kata K.V.Thomas, Menteri Makanan India.

Beras kekal sebagai makanan asasi di kalangan 240 juta rakyat Indonesia, menjadikannya negara Asia Tenggara, pengguna ketiga terbesar bijian India. -BERNAMA

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico