suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Askar AS Maut Dalam Serangan Bom Di Kabul

KABUL: Tujuh anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di selatan Afghanistan, demikian disahkan Pentagon pada Jumaat.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan, berkata askar terbabit terbunuh dalam serangan bom di Daerah Shorabak dalam Wilayah Kandahar. Serangan itu juga disahkan oleh Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO (SAF).

Kandahar adalah wilayah yang dikuasai Taliban dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerap berlaku serangan membabitkan ISAF bagi membendung anggota militan.

Komander polis daerah, Tafseer Khan Khogyani turut mengesahkan serangan itu mengorbankan seorang anggota polis Afghanistan. - AFP

Artikel Lain