suria

AS Beri Amaran Keganasan Anti-Amerika

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, meletakkan semua kedutaannya dalam langkah berjaga-jaga dan memberi amaran kemungkinan berlaku keganasan anti-Amerika ekoran kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden oleh tentera negara itu di Pakistan.

Amaran tersebut dikeluarkan tidak lama selepas Presiden AS, Barrack Obama membuat kenyataan yang mengesahkan kematian Osama pada lewat malam Ahad.

Kementerian Dalam Negeri AS mengeluarkan arahan ‘potensi peningkatan keganasan anti-Amerika berhubung serangan anti pengganas terbaru di Pakistan’.

Amaran itu diikuti: “Berdasakan keadaan yang tidak pasti dan tidak stabil ini, rakyat AS di kawasan yang mungkin berlaku kejadian anti-Amerika didesak untuk mengurangkan perjalanan ke luar rumah dan hotel serta mengelakkan daripada menyertai perhimpunan dan demostrasi.”

Ia turut menyatakan bahawa pejabat kedutaan mungkin akan ditutup buat sementara waktu untuk urusan melibatkan orang ramai, bergantung kepada keadaan. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain