suria

Lanun Dipercayai Menaiki Kapal Berdaftar Di Singapura Di Luar Perairan Kenya

SINGAPURA: Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) menerima laporan bahawa sebuah kapal kargo bahan kimia yang berdaftar di Singapura, MT GEMINI, dipercayai dinaiki lanun kira-kira 120 batu nautika dari Dar es Salaam, Tanzania.

Menurut satu kenyataan pihak berkuasa itu, satu amaran kecemasan diterima pada jam 1150 (waktu Singapura) pada Sabtu ketika berada pada kedudukan latitud 01'S longitud 21'E.

Pada masa kejadian, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Tanjung, Indonesia ke Mombasa, Kenya.

Sejumlah 25 anak kapal berada di atas kapal itu.

MPA sedang bekerja sama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak pengurusan kapal, Glory Ship Management Pte Ltd. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain