suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Tubuh Pusat Hak Asasi Wanita Islam

MELBOURNE: Peguam Negara Australia Robert McClelland pada Rabu melancarkan Pusat Hak Asasi Wanita Islam, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu hak asasi dan menyediakan perlindungan untuk wanita Islam.

Pusat itu akan dikendalikan oleh Majlis Kebajikan Wanita Islam Victoria.

McClelland berkata pertubuhan akar umbi seperti itu amat penting kepada masyarakat kerana mereka menyediakan sokongan dan menjadi suara kepada anggota masyarakat yang kurang mendapat perhatian.

Katanya rakyat Australia menikmati beberapa hak yang tidak terdapat di kebanyakan negara lain.

"Kita juga harus akui bahawa masih banyak yang perlu dilakukan agar kita dapat menunjukkan sikap saling menghormati antara kita," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain