suria

Setiausaha Agung Bekas Parti Yang Memerintah Mesir Ditahan

KAHERAH: Setiausaha Agung Parti Demokratik Kebangsaan yang memerintah Mesir selama lebih 30 tahun - Safwat al-Sherif telah ditahan atas dakwaan rasuah dan korupsi, demikian menurut stesen televisyen kerajaan, Selasa.

Beliau adalah rakan lama kepada bekas presiden Hosni Mubarak.

Safwat Sherif telah ditahan selama 15 hari atas dakwaan menyalahgunakan wang awam.

Khamis lalu, bekas ketua staf Hosni Mubarak, Zakariah Azmi turut ditahan kerana disyaki memperolehi kekayaan di luar kemampuannya.

Mubarak, isterinya Suzanne dan dua orang anak lelaki mereka Alaa dan Gamal kini tidak dibenar meninggakan Mesir.

Bekas anggota kabinet Mubarak yang pertama dibicarakan selepas kejatuhan regim tersebut awal tahun ini ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain