suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Syria Kepung Bandar Banias

NICOSIA: Pasukan keselamatan Syria mengepung bandar Banias yang menjadi medan tunjuk perasaan antikerajaan dan melepaskan tembakan rambang di perkampungan Baida berhampiran, menurut saksi.

"Pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata melepaskan tembakan secara rambang di kampung itu," kata seorang saksi menerusi telefon.

Pihak tentera pula mengepung bandar Banias yang terletak kira-kira 280 kilometer ke utara Damsyik dan penduduk bandar itu menghadapi kekurangan bekalan roti.

"Pasukan keselamatan terus menyerang Banias...Berlaku kekurangan bekalan roti di bandar ini manakala bekalan elektrik dipotong dan kebanyakan talian telefon juga dipotong," kata Anas al-Shuhri, seorang daripada pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan.

Beratus orang juga dilaporkan ditahan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain