suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CRA Siasat Dakwaan Kegiatan Haram Dalam Kasino Singapura

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Kawal Atur Kasino (CRA) memulakan penyiasatan terhadap kasino di sini selepas menerima maklumat yang mendakwa berlakunya kegiatan haram, demikian menurut laporan berita oleh Channel NewsAsia.

CRA juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands Corp, Sheldon Adelson membayangkan dalam satu forum bahawa kerajaan belum membuat keputusan tentang kebenaran bagi junket (pesta makan-makan dan bersuka ria, terutama dengan wang kerajaan) dijalankan di Singapura.

Sambil menolak dakwaan ini sebagai tidak tepat, CRA menjelaskan bahawa Akta Kawalan Kasino memperuntukkan pengeluaran lesen bagi pengusaha dan wakil junket.

Pengusaha dan wakil junket yang memenuhi syarat kawal selia akan dibenarkan beroperasi di Singapura setelah diberikan lesen.

Malah, CRA menerima permohonan junket yang disokong oleh Resorts World Sentosa, dan sedang diproses.

Bagaimanapun, pihak berkuasa itu mengingatkan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana orang yang menganjurkan, mempromosi atau mengendalikan junket di kasino Singapura tanpa lesen.

Resorts World Sentosa Singapura berkata ia memandang tinggi regim kawal selia kasino Singapura dan bekerjasama rapat dengan CRA berhubung semua perkara pematuhan.

Mana-mana pengusaha kasino yang membenarkan orang yang tidak diberikan lesen oleh CRA menganjurkan, mempromosi dan mengendalikan junket juga boleh dikenakan tindakan disiplin.

Kata CRA sesiapa yang mempunyai maklumat khusus yang boleh dipercayai mengenai kegiatan haram, termasuk junket haram di kasino hendaklah memaklumkannya kepada CRA dan pihak polis. - BERNAMA

Artikel Lain