suria

Libya Isytihar Gencatan Senjata Baru

TRIPOLI: Tentera Bersekutu pada Isnin bersedia untuk melancarkan serangan baru ke atas Libya bagi menguatkuasakan resolusi yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang rejim Muammar Gaddafi menyerang orang awam bagi mempertahankan kuasanya.

Ketika lebih banyak pesawat perang berlepas dari pangkalan di Itali menuju ke Tripoli, tentera Libya hari ini mengumumkan gencatan senjata terbaru selaras dengan permintaan Kesatuan Afrika supaya tindakan itu disegerakan.

“Saya amat berharap dan meminta pihak berkuasa Libya agar menunaikan janjinya itu (gencatan senjata)," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Tentera Gaddafi mengisytiharkan pertama kali gencatan senjata Jumaat lalu selepas selepas Majlis Keselamatan PBB menggunakan Resolusi 1973 untuk mengambil tindakan bagi menghalang orang awam menjadi mangsa berikutan serangan rejim Gaddafi ke atas pemberontak.

Namun, tentera Gaddadi dilaporkan terus menyerang pemberontak di kubu kuat di Benghazi, sehingga memaksa Amerika Syarikat (AS), British dan Perancis melancarkan serangan pertama, malam semalam. - AFP

Artikel Lain