suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anifah Ke Jordan Dalam Usaha Membebaskan Rakyat Malaysia di Israel

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat malaysia itu. Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.

Jordan dan Turki telah menyatakan kesediaan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia itu.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain