suria

Patani, Yala Digegar Dua Serangan Bom

BANGKOK: Dua serangan bom berlaku secara berasingan di Patani dan Yala pagi tadi menyebabkan dua anggota polis cedera.

Ketua Balai Polis Saiburi. Kolonel Armnart Dee berkata, sebuah bom buatan sendiri diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta peronda polis melintasi kawasan Moo 10, Ban Bangomulong, Tumbon Trohborn, daerah Saiburi di Patani pagi tadi.

Koperal Manit Kaewpakdee, 28, cedera di leher. Militan dipercayai menggunakan bahan letupan buatan sendiri seberat 7.5 kilogram yang diisi dalam silinder gas, katanya.

Sementara itu di Yala, Sarjan Mejar Pisitpong Pinwapi, 49, putus kaki kanan dan sebahagian daripada jari tangan kanannya selain cedera pada mata kanan apabila sebutir bom meletup ketika dia memeriksa sehelai sepanduk di Kayu Boko, daerah Raman pagi tadi.

Jurucakap Pusat Perintah Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Kolonel Banpot Poonpian percaya bom itu diletupkan secara kawalan jauh menggunakan telefon bimbit oleh kumpulan pemberontak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain