suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pihak Berkuasa India Rampas 'Keretek' Seludup Dari Malaysia

CHENNAI: Satu sindiket merentas sempadan yang cuba menyeludup rokok bernilai hampir RM450,000 ke India dengan mengisytiharkannya sebagai lampin bayi, ditumpaskan di Chennai berikutan tertangkapnya empat suspek.

Jumaat lepas, Direktorat Perisikan Hasil (DRI) yang berpejabat di Chennai merampas sebuah kontena berisi rokok buatan Indonesia dan Malaysia, yang tiba dari sebuah pelabuhan Malaysia dan disimpan di sebuah gudang.

Sindiket berkenaan memalsukan dokumen pelepasan pelabuhan dan perkapalan yang mencatatkan bahawa kontena itu mengandungi 360 karton lampin bayi pelbagai saiz bernilai RM25,000 yang dimport dari Malaysia.

Ketika membuat pemeriksaan, pegawai terbabit mendapati bahagian hadapan kontena itu diisi dengan kotak lampin bayi, manakala bahagian dalamnya mengandungi kotak berisi rokok.

"Setelah dipunggah, kontena itu didapati mengandungi 210 kotak lampin bayi berasal dari Malaysia dan 150 kotak lagi mengandungi rokok," kata C. Rajan, Ketua Pengarah DRI kepada pemberita hari ini.

Sebahagian besar rokok berkenaan berjenama "Djarum Black - Keretek Filter" dengan pembekalnya ditulis sebagai Gokulam Trading, manakala pengimportnya pula dicatat sebagai Trade Links Company yang berpejabat di Chennai.

Maklumat serta alamat pengimport dan pengeksport barangan seludup itu didapati palsu.

Empat suspek berkenaan kini ditahan mengikut Akta Kastam 1962. - BERNAMA

Artikel Lain