suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ruang Udara Britain Hadapi Risiko Ditutup

LONDON: Sebahagian ruang udara Britain mungkin ditutup mulai semalam hingga Selasa ekoran abu gunung berapi dari Iceland.

Menurut Jabatan Pengangkutan semalam, beberapa bahagian ruang udara termasuk di tenggara - tempat terletaknya lapangan terbang Heathrow, mungkin ditutup pada masa yang berbeza.

"Rentetan daripada aktiviti gunung berapi yang berterusan di Iceland dan situasi cuaca yang lazim, ruang udara Britain mungkin ditutup," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, sekiranya sekatan diperlukan, satu pengumuman akan dibuat oleh Perkhidmatan Trafik Udara Kebangsaan.

Penyebaran abu dari letusan gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland telah melumpuhkan laluan trafik udara Eropah hampir seminggu pada pertengahan April lalu.

Syarikat-syarikat penerbangan terpaksa membatalkan 100,000 penerbangan dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain