suria

Kanak-kanak maut terjatuh di taman tema akibat kecuaian staf

ESTIFANOS maut ketika terjatuh di permainan Haunted di Glenwood Cavern Parks awal bulan ini. —Agensi

KANAK-KANAK berusia enam tahun yang meninggal dunia di sebuah taman tema di Colorado, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini adalah disebabkan kecuaian kakitangan bertugas yang tidak memakaikannya tali pinggang keselamatan dengan betul.

Dalam siaran akhbar pada Jumaat, Bahagian Pekerja dan Keselamatan Awam Jabatan Tenaga Kerja dan Pekerjaan Colorado berkata, Wongel Estifanos maut ketika bermain pada salah salah satu permainan dikenali Haunted Drop di Glenwood Caverns Parks, dekat Glenwood Springs, ketika percutian bersama keluarganya awal bulan ini.

Berdasarkan laporan itu, Estifanos maut ketika dia duduk di atas dua tali pinggang keledarnya, malah dia juga didapati tidak memakai alat keselamatan itu pada badannya.

Laporan itu juga berkata, kanak-kanak berkenaan hanya meletakkan hujung tali pinggang keledar yang longgar di pangkuannya.

Pada masa sama, penyiasat melaporkan bahawa sistem penggera memberi amaran kepada pekerja bertugas mengenai masalah itu serta menghalang pengendali meneruskan permainan terbabit.

Staf yang baru berkhidmat selama dua bulan sebelum kemalangan itu didapati melakukan beberapa tindakan yang tidak betul, selain mengatur semula alat pemantau tali pinggang keledar yang membolehkan mereka meneruskan permainan.

Akibat daripada itu, Estifanos kemudian terjatuh dari tempat duduknya setinggi 110 kaki dan menimpa sebatang besi, sekali gus menyebabkan kematian.

Meskipun pekerja Glenwood Caverns melakukan pertolongan cemas sehingga ketibaan anggota bomba, namun kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia, kata Pejabat Garon Country Coroner.

Pada masa sama, laporan turut menyatakan bahawa pengendali yang menyebabkan kemalangan itu yang juga mempunyai banyak kecuaian dan pelanggaran Peraturan Perjalanan dan Hiburan Colorado, akan diambil tindakan.

Bahagian Pekerja dan Keselamatan Awam negeri boleh mengenakan denda sehingga AS$1,000 (RM4,189) bagi setiap kesalahan dan kesalahan yang mengakibatkan kecederaan serius.

Haunted Mine Drop pertama kali dibuka untuk orang ramai pada tahun 2017 dan digambarkan sebagai perjalanan turun ke bawah tanah pertama di dunia dengan kejauhan 110 kaki.

Pengurus taman tema itu, Nancy Heard mengesahkan taman itu ditutup selama-lamanya bagi menghormati keluarga mangsa. — People

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

maut, taman tema, tali pinggang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain