suria

Anjing pun pandai bergurau dengan tuannya

ANJING berkenaan bertindak nakal seolah-olah mengajak tuannya bermain. — Agensi

MEDIA sosial memangnya menjadi platform untuk ‘menjelajah’ mencari apa juga yang dimahukan, tidak kiralah hal serius mahu pun bahan ketawa.

Terbaharu, satu klip menunjukkan seorang lelaki berhempas pulas untuk menangkap anjing peliharaannya.

Menerusi video itu, anjing berkenaan bertindak nakal seolah-olah mengajak tuannya bermain.

Video itu dimuatnaik di akaun Instagram Nextdorr dengan kapsyen “We’re done playing when I say we’re done Dad”.

Ia menunjukkan lelaki cuba menangkap anjingnya di laman rumah jiran dan pastinya akan ada yang menonton video ini berulang kali.

Muatnaik itu tular dan mendapat 5663 tanda like malah sudah pun menghiburkan netizen.

“Hanya lari ke arah bertentangan, jelas ia berfungsi,” kata netizen. - Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain