suria

Wanita tak sangka ditendang hanya kerana tegur untuk mohon maaf

TANGKAP layar CCTV menunjukkan seorang wanita ditendang oleh seorang lelaki kerana ditegur tidak memohon maaf.

HANYA kerana menegur seorang lelaki supaya meminta maaf, seorang wanita ditendang jatuh dari sebuah eskalator di sebuah stesen kereta api di New York.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9 September lalu di stesen Atlantic Avenue-Barclays Center, wanita berusia 32 tahun yang tidak dinamakan itu berkata dia mahu lelaki berkenaan meminta maaf selepas dilanggar oleh individu tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu menunjukkan aksi mengejutkan lelaki berkenaan yang secara spontan menendang wanita tersebut di bahagian dada sehingga menyebabkan mangsa jatuh.

Akibat tindakan ganas lelaki berkenaan, wanita itu mengalami luka di bahagian belakang, tangan, kaki dan paha.

Suspek Tendang

Polis New York kini memburu suspek yang menendang seorang wanita sehingga mengakibatkan berlakunya kecederaan.

Susulan kejadian itu, Jabatan Polis New York melancarkan operasi memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan untuk memberi maklumat.

Kejadian itu berlaku ketika Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan mengumumkan bahawa kesemua 472 stesen kereta api bawah tanah di New York sudah dilengkapi CCTV.

Langkah memasang kamera itu membantu polis dalam menahan suspek yang terlibat dalam kes jenayah. — Metro.co.uk

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wanita ditendang, CCTV, New York

Artikel Lain