suria

Gempar bapa temui kepala anak lelaki, cebisan mayat dalam peti sejuk bekas pemain bola sepak

Polis menemui dua lagi kepala di dalam peti sejuk di rumah Richard (kanan). foto Newsflash

SEORANG bekas pemain bola sepak Ghana ditahan susulan penemuan kepala remaja lelaki berusia 13 tahun di dalam peti sejuk di rumahnya.

Bekas pemain itu, Richard Gyamfi, 28, ditahan setelah ayah remaja itu memecah masuk ke kediamannya sehingga membawa kepada penemuan itu di bilik yang terkunci.

Polis menemui anggota badan dan kepala dalam peti sejuk di rumah itu di Sunyani, Ghana, pada Ahad.

Memetik laporan Kanyi Daily, insiden menggambarkan itu terbongkar apabila bapa mangsa, Thomas Agyei mendakwa Richard mengajak anak lelakinya, Louis Agyemang Junior, ke rumah pemain itu.

Richard kemudian memberitahu Thomas bahawa dia tidak pernah melihat anaknya dan tidak mempunyai kaitan dengan kehilangannya.

Bagaimanapun, salah seorang rakan mangsa meyakinkan Thomas bahawa Richard dilihat membawa anaknya ke rumah.

Dia dan beberapa penduduk tempatan mengambil keputusan untuk memasuki rumah bekas pemain bola itu.

Pada mulanya, mereka itu tidak menemui apa-apa yang luar biasa sehingga terjumpa pintu terkunci di rumah tersebut.

Mereka meminta Richard membuka pintu bilik tersebut, namun dia memberikan alasan bahawa kunci tersebut hilang.

Mereka kemudian bertindak memecahkan pintu bilik berkenaan sehingga menemukan mayat Louis tanpa kepala, di lantai.

Polis segera dipanggil ke tempat kejadian, sehingga menemukan dua kepala lain tanpa badan dan banyak cebisan mayat disumbatkan dalam peti sejuk.

Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan. -DAILYSTAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain