suria

Atlet MMA jatuh dari tingkat 10 ketika cuba selamatkan kucing

Zainalov dilaporkan terjatuh ke atas sebuah kereta. -Gambar SHOT/Tapology.com

SEORANG atlet MMA cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan ketika cuba menyelamatkan kucing peliharaannya.

Laporan dari Rusia difahamkan bahawa atlet MMA itu, Magomed Zainalov jatuh dari bangunan di Rostov-on-Don.

Rakaman ngeri yang tular di media sosial, menunjukkan lelaki berusia 24 tahun itu dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar joging, terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Video itu juga menggambarkan berada di sebelah kereta dengan cermin depan pecah, dipercayai berpunca daripada terjatuh ke atas kenderaan tersebut.

Media Rusia pravda.ru mendakwa atlet itu mungkin terjatuh dari tingkap ketika dia cuba mendapatkan kucingnya, yang dipercayai berlari keluar ke balkoni dan melompat ke atas saluran paip.

Difahamkan, Zainalov terjatuh ke atas sebuah kereta dari tingkat 10. Mangsa dipercayai dalam keadaan sedar tetapi dilaporkan mengalami patah kaki dan tulang pinggul.

Zainalov dijadualkan menentang pencabarnya Eduard Kuzminov pada 2 Februari depan, tetapi hampir pasti tidak akan dapat bertarung. Peminat MMA juga dilaporkan mahu menampung kos sebarang pembedahan yang diperlukannya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain