suria

Sepakan akhir penyelamat, Harimau Malaya ikat Korea Selatan 3-3

Penyokong Malaysia bersorak gembira pada perlawanan akhir antara Malaysia menentang Korea Selatan peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023. -Gambar BERNAMA

HARIMAU Malaya berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan dengan jaringan 3-3 ketiga Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha di Qatar.

Satu mata yang diraih ketika masa kecederaan sekali gus menyamakan kedudukan membolehkan Harimau Malaya memperbaiki pencapaian buruk pada edisi 2007 yang mana skuad negara yang beraksi atas tiket selaku tuan rumah gagal mengutip sebarang mata pada ketika itu.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang berada di ranking 130 dunia bermula positif dengan benteng pertahanan berjaya mengekang asakan dari Korea Selatan selain jentera serangan skuad negara turut mencipta beberapa gerakan ke kubu lawan.

Terdahulu, jaringan gol dilakukan Faisal Halim pada minit ke 51, Arif Aiman Hanapi (minit 61) dan Romel Morales (minit 90+15).

Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain