Maybank Unjur Pertumbuhan 27 Peratus Dalam Portfolio Runcit, Pinjaman PKS

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengunjurkan portfolio pinjaman runcit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tumbuh 27 peratus kepada RM28 bilion tahun ini berdasarkan permintaan tinggi daripada pasaran serantau.

Ketua Perkhidmatan Komuniti Kewangan (CFS) Kumpulan Maybank Datuk Lim Hong Tat berkata unjuran itu juga disokong oleh tinjauan kukuh ke atas PKS di rantau ini.

Tahun lepas, jumlah pinjaman runcit PKS berkembang lebih 35 peratus kepada  RM22.1 bilion berbanding RM16.31 bilion yang dirkodkan pada akhir 2014.

Daripada jumlah ini, pinjaman dari pasaran serantau, tidak termasuk Malaysia, turut meningkat 35 peratus kepada RM11.9 bilion berbanding RM8.81 bilion pada 2014.

Hong Tat berkata, Maybank akan terus bersama komuniti melalui inisitif bukan kewangan, termasuk program kapasiti dan pembangunan kapasiti, dan setakat ini lebih daripada 6,000 PKS di seluruh negara sudah menikmati manfaatnya.

Maybank berjaya memperkenal model runcit PKS di Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos dan Brunei.

Ditanya mengenai sama ada Maybank akan melebarkan sayapnya ke Myanmar, Lim berkata bank itu baru sahaja menembusi negara berkenaan dan memerlukan masa untuk mengembangkannya.

Selari dengan sasaran pertumbuhan, beliau berkata Maybank akan mengukuhkan perniagaan kewangan mikro kredit di Malaysia bagi membantu perusahaan kecil, dan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata perniagaan dijangkakan meningkat 78 peratus kepada RM50 juta tahun ini berbanding RM28 juta pada 2015.

Maybank mengagihkan RM36.23 juta dalam tempoh tiga tahun kepada perniagaan Micro, yang memberi manfaat kepada lebih 4,500 pelanggan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Maybank , Lim Hong Tat , PKS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan