suria

Usaha Sama Zecon Peroleh Projek Lebuh Raya RM1.46 Bilion Di Sarawak

KUALA LUMPUR: Usaha sama Zecon Bhd-Kimlun Sdn Bhd memperoleh kontrak RM1.46 bilion daripada Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd untuk menaik taraf Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

"Projek it dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Zecon Group semasa tempoh 48 bulan itu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Syarikat usaha sama itu akan diperbadankan dalam tempoh terdekat ini untuk melaksanakan kontrak tersebut sebagai sebahagian daripada syarat yang dikenakan dalam tender bagi kontrak tersebut. 

Zecon akan memiliki 70 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu manakala bakinya dimiliki Kimlun.-- Bernama


Artikel Lain