Universiti Tufts Dakwa TPPA Merugikan Bersifat Berat Sebelah

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIDF Research pada Isnin menyifatkan kajian Universiti Tufts yang mendakwa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hanya menyebabkan kerugian dari segi pengangguran serta peningkatan aspek ketaksamaan, sebagai bersifat berat sebelah dan anti perdagangan.

Rencana bertarikh Januari 2016 disediakan oleh Jeronim Capaldo dan Alex Izurieta bersama Jomo Kwame Sundaram daripada Institut Pembangunan dan Alam Sekitar Global universiti berkenaan, menuding bahawa mana-mana perjanjian perdagangan bebas, termasuk TPPA, Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau, hanya mengundang impak negatif kepada ekonomi.

Rencana bertajuk 'Trading Down: Unemployment, Inequality and Other Risks of the Trans-Pacific Partnership Agreement' (Penyusutan Perdagangan : Pengangguran, Ketaksamaan dan Risiko Lain Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik), menggunakan Model Dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Ada dua perkara yang boleh dipertikaikan dengan model (kajian). Pertama, ia merujuk pekerja sebagai statik (tidak bergerak) dan tidak cukup fleksibel untuk beralih antara sektor.

"Walaupun kita dapat melihat secara jelas bahagian kemerosotan pekerja dalam sektor pembuatan akibat (pelaksanaan kaedah) pengautomatikan menggantikan tenaga kerja, masih ada bukti ketara yang ia pada kesudahannya akan membawa kepada sektor perkhidmatan yang berpendapatan tinggi dan menyumbang kepada ekonomi secara keseluruhannya," kata MIDF Research, dalam satu nota, hari ini.

Malah, firma penyelidikan itu berkata wujud kemungkinan lebih tinggi bahawa mereka yang digantikan teknologi berintensif modal adalah kalangan pekerja kurang mahir dan bukannya mereka yang berkemahiran sederhana dan tinggi.

"Kedua, keuntungan tinggi diperolehi syarikat walaupun dalam persekitaran gaji pekerja yang rendah, akhirnya akan menjurus kepada pendapatan lebih tinggi untuk kerajaan.

"Negara-negara yang berpendapatan tinggi akan dapat mengagihkan semula (hasil) kepada golongan miskin, sama ada menerusi pemberian subsidi tunai bagi kumpulan berpendapatan rendah atau faedah pengangguran yang mengurangkan lagi jurang ketaksamaan," katanya.

MIDF Research juga menegaskan, Indeks Gini Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat dan United Kingdom -- negara-negara yang disifatkan lebih terbuka berbanding Malaysia.

"Tiada sebarang petunjuk jelas bahawa peningkata kegiatan perdagangan hanya mencetuskan ketaksamaan yang lebih ketara," katanya. - BERNAMA

ZER ZER WGM INA 18/01/2016 14-39ST
Tags / Kata Kunci: Universiti Tufts

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan